Kelas Mencipta Penanda Buku

10 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2020 (Isnin) Pusat Internet Komuniti Skio telah mengadakan Kelas Mencipta Penanda Buku secara atas talian melalui aplikasi Canva. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar cara-cara untuk menghasilkan penanda buku yang menarik secara atas talian dan para pelajar bebas untuk menghasilkan penanda buku yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai menghasilkan penanda buku,para pelajar boleh memuat turun hasil penanda buku yang telah mereka cipta untuk dicetak seterusnya boleh digunakan sebagai penanda buku cerita atau boleh diberikan kepada guru atau rakan-rakan mereka sebagai hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali